Bismillah...
Entry kali nie sye kongsikan pada korg sekalian mengisahkan tentang realiti percintaan kte pada seseorang..Malahan , kte boley amik sedikit ilmu Allah utk dijadikan sempadan & sempurna pada pasangan kte masing-masing nanti..InsyaAllah..sye amik kupasan cerita ini daripada Dalam Hati Ada Iman supaya kte boley mantapkan pengalaman kte bercinta dalam perkahwinan yang suci itu tersebut. =)
*sharing is caring*
Mestikah Mencintai Satu Sama Lain Dahulu Baru Boleh Berkahwin?
Rasa sunyi bila tiada. Rasa pilu bila tidak berhubung. Rasa lemah bila tidak berjumpa.Tetapi bukankah rasa sunyi bermaksud rindu? Bukankah bila wujud perasaan sayang dan rindu itu bermaksud cinta? Bukankah rasa pilu wujud setelah dua hati telah bertaut?Apakah cinta adalah syarat utama untuk berkahwin?
Jangan tinggalkan orang yang ki...ta sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba memaksa untuk dapatkan orang yang kita suka tetapi sayangilah dengan apa yang kita ada.
Cinta, kasih dan sayang itu adalah hak milik Allah. Dia berhak untuk titipkan perasaan cinta, kasih dan sayang itu kepada sesiapa sahaja. Sama juga. Dia berhak untuk menarik perasaan cinta, kasih dan sayang itu daripada sesiapa sahaja, bila-bila masa.
Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta 100% itu, ia akan kekal sehingga ke alam rumah tangga! Apatah lagi bercinta hingga ke syurga.
KAHWIN DULU, CINTA KEMUDIAN
Walaupun kita cuba pertahan keindahan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun. Walaupun kita membataskan banyak perkara agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat.
Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.
Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim :Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Cinta sebelum kahwin sudah terbukti banyak yang melanggar prinsip Allah SWT. Ia hanya merupakan jalan hidup yang sia-sia. Jalan hidup yang penuh dengan dosa dan noda. Yakni jalan kemaksiatan yang amat dibenci oleh Allah.
Walaupun kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan janji-janji manis, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin.Walaupun kita cuba membataskan banyak perkara dan pergaulan, namun akhirnya ramai yang terbabas!Hakikatnya, fahamilah.
Cinta sebelum kahwin adalah cinta nafsu. Cinta selepas kahwin adalah cinta suci.
Cinta sebelum kahwin banyak melahirkan penzina. Cinta selepas kahwin banyak melahirkan pencinta hingga ke syurga.
Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu.
Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Berkhayal dengan dunia mereka sendiri tanpa ambil peduli tentang dunia.Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah kita tidak hairan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian. Begitu juga dengan dunia artis kita!
Cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah semat-mata akan membahagiakan hati dan menenangkan jiwa manusia. Indahnya cinta bila lafaznya adalah halal!
Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.
Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-Nya

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qis ! Komen Kalau Suka ! ♥
8 orang nak tahu RAHSIA Qis:
bercinta lepas kahwin is more fun ;D hihihi
Xsemestinya....cinta akan hadir ble jmpa jodoh yg btul..
cinta lepas kawin lebih bahagia .. tapi kalau cinta sebelum kawin , kalau dh jdoh , tak kemana ...
@dee anaa
yep sygg..sye pon nak bercinta lepas kawin..klo kte bercinta selepas kawin dpt eratkan silaturahim & sayang kte pada suami bertambah..tula dalam islam da kata xperlu la bercouple sebelum kawin..xdpt pon manfaat & cinta yg kukuh terhadap pasangan masing2 kan..huhu
@Gumiho Princess
haha..jodoh kte semua telah ditakdirkan & ditentukan oleh yg Maha Esa..cuma kte hanya berdoa agar kte dpt pasangan yg sempurna , dpt membimbing kte duia & akhirat & akhir skli insyaAllah jodoh kte tu akn mencintai kte seadanya..hekhek :)
@✿Gucciey Lavender✿
itu sgt la benar sygg..yg skrg nie dorg tga hangat bercinta sebelom kawin bergantung pada diri sendiri yea bagaimana kte mencintai pada sang kekasih tu kerana Allah..insyaAllah , jodoh kte itu akn berkekalan hingga ke jinjang pelamin @ akhir hayat..klo nak persoalkan ttg jodoh..semua akn tahu jodoh kte masing2 akn muncul jika kita suda lakukan ibadat istikharah pada Allah insyaAllah , Allah akn bukakan jalan yg terbaek utk kte..hehe
nice entry dear...;p
@Afaf CyNofa tq sys :)
Post a Comment